Thursday, June 24, 2010

Salam 1 Malaysia

Saya kini berada di tingkat 3A bersama rakan-rakan saya, Karr Wei dan Christina. Ini adalah percubaan kali pertama bagi saya untuk menaip blog ini dalam Bahasa Malaysia.

Di zaman persekolahan dahulu, saya agak fasih bertutur dan menulis di dalam Bahasa Malaysia. Saya juga merupakan salah seorang pelajar bukan Melayu yang sangat cemerlang di dalam mata pelajaran ini. Saya selalu mendapat markah tertinggi dalam mata pelajaran ini dan rakan-rakan sekelas saya memang cemburu akan pencapaian saya. Ada juga rakan-rakan saya yang berbangsa Melayu yang pernah mememberitahu saya bahawa mereka kagum dengan cara saya bertutur dan menulis dalam bahasa kebangsaan ini.

Namun begitu, setelah saya meninggalkan sekolah menengah dan menyambung pelajaran tinggi di kolej swasta, saya kurang menggunakan Bahasa Malaysia dengan kawan-kawan saya, maka saya pun menjadi kurang terrer dalam BM.

Kini, saya bertekad untuk menulis lebih banyak warkah dan rencana menggunakan Bahasa Malaysia supaya saya tidak lupa akan bahasa ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Saya lah..siapa lagi.

No comments:

Post a Comment